Kata Penghubung ( wo ) - objek
Mei 31, 2009
Untuk pelajaran pertama di tahun 2009 ini, mari kita tinjau cara menggunakan kata hubung "wo (を)". Kata hubung "Wo" (を) di gunakan untuk menggambarkan objek bagi kata kerja di dalam kalimat. Ianya di letakkan di belakang perkataan yang mana adalah objek bagi kata kerja. Contoh penggunaannya adalah seperti berikut:-
Kata nama - wo (を) kata kerja.
Contoh Kalimatnya adalah sbb;
Sakana-wo taberu
Makan ikan
Orenjijuusu-wo nomu
Minum jus oren
Nihongo-wo benkyousuru
Belajar bahasa jepun
Shinbun-wo yomu
Membaca suratkhabar
Kosa Kata Baru
Sakana = Ikan
Orenjijuusu = Jus oren
Shinbun = Suratkhabar
Kategori : Kata Hubung
* * *
Kata Penghubung ( dake ) - hanya
Mei 31, 2009
Untuk pelajaran pertama di bulan ini, mari kita tinjau caramenggunakan kata hubung "dake". "Dake" sekiranya di terjemahkan ke bahasa melayu membawa maksud "hanya". Cara penggunaannya adalah seperti berikut:-
kata nama/kata sifat - dake = hanya - kata nama/kata sifat
Contoh Kalimatnya adalah sbb;
Abu-san dake (ga) kimashita.
Hanya abu yang telah datang.
Honda-san-wa mareeshia-he ichido-dake ikimashita.
Encik honda pernah pergi ke malaysia hanya sekali saja.
Kono kuruma-wa mizu-dake-de ugokimasu.
Kereta ini bergerak hanya dengan air.
Kono-hon-wa takai-dake-de zenzen omoshirokunai.
Buku ini hanya mahal saja, tidak menarik langsung.
Kosa Kata baru
kimashita = telah datang
ichido = sekali
kuruma = kereta
mizu = air
ugoku = bergerak
takai = mahal
zenzen omoshirokunai = tidak menarik langsung
Kategori : Kata Hubung
* * *
Kata Penghubung ( ni ) - kepada
Mei 31, 2009
Kata penghubung "ni" di dalam bahasa jepang di gunakan untuk beberapa keadaan ataupun membawa pelbagai maksud sekiranya di terjemahkan di dalam bahasa indonesia. Untuk kali yang kedua ini kita akan mempelajari "ni" yang membawa maksud "kepada" di dalam bahasa melayu. Cara penggunaannya adalah seperti berikut:-
orang - ni = kepada - orang
Contoh Kalimatnya adalah sbb;
Kekkon-kinen-bi-ni okusan-ni nani-wo agemasuka?
Bagi apa kepada isteri pada hari ulangtahun perkahwinan?
Watashi-wa okusan-ni yubiwa-wo agemasu
Saya bagi cincin kepada isteri saya
Dare-ni tegami-wo kakimasu-ka?
(Awak) menulis surat kepada siapakah itu
Watashi-wa kazoku-ni tegami-wo kaiteimasu
Saya sedang menulis surat kepada keluarga saya
Kosa Kata Baru
Kekkon-kinen-bi = Hari ulangtahun perkahwinan
Okusan = Isteri
Yubiwa = Cincin
Kazoku = Keluarga
Tegami = Surat
Kategori : Kata Hubung
* * *
Kata Penghubung (de) - dengan
Mei 31, 2009
Salah satu penggunaan kata hubung "de" adalah untuk menggambarkan "cara" yang di gunakan. Jadi dari segi ini "de" adalah "dengan" sekiranya di terjemahkan ke bahasa melayu. Kali ini kita akan cuba gunakannya bersama dengan kata kerja yang menggambarkan pegerakan seperti "iku=pergi", "kuru=datang" dan juga "kaeru=balik".
Cara penggunaannya adalah seperti berikut:-
Kenderaan - de = dengan - kenderaan
Contoh penggunaanya adalah seperti berikut:-
1. Jidousha-de iku = Pergi dengan kereta
2. Hikouki-de kaeru = Balik dengan kapal terbang
3. Fune-de kuru = Datang dengan kapal
Kosa Kata Baru
Jidousha = Kereta
Hikouki = Kapal terbang
Fune = Kapal
* * *
Kata Penghubung ( kara - made )
Mei 31, 2009
Untuk hari ini pula, mari kita belajar berkenaan kata hubung "kara" dan juga "made". "Kara" adalah "dari" di dalam bahasa melayu. Manakala "made" adalah "ke" di dalam bahasa melayu. Ianya di gunakan untuk masa dan juga tempat. Contoh penggunaannya adalah seperti berikut:-
8-ji kara 10-ji made = dari pukul 8 ke pukul 10
mareeshia kara nihon made = dari malaysia ke jepun
Contoh ayat yang menggunakan "kara" dan juga "made" pula adalah seperti berikut:-
Watashi-wa 9-ji kara 12-ji made gakkou ni imasu = Saya berada di sekolah dari pukul 9 ke pukul 12.
Ali-san wa ie kara gakkou made arukimashita = Ali berjalan kaki dari rumah ke sekolah
* * *
Kata Penghubung ( ni ) - pada
Mei 31, 2009
Kata penghubung "ni" di dalam bahasa jepun di gunakan untuk beberapa keadaan ataupun membawa pelbagai maksud sekiranya di terjemahkan di dalam bahasa melayu. Untuk kali yang pertama ini kita akan mempelajari "ni" yang membawa maksud "pada" di dalam bahasa melayu. Cara penggunaannya adalah seperti berikut:-
waktu/haribulan - ni = pada - waktu/haribulan
Contoh dalam kalimatnya:-
Watashi-wa 8-ji ni okimasu = Saya bangun pada pukul 8
Ali-san-wa 9-ji ni gakkou-e ikimasu = Ali pergi ke-sekolah pada pukul 9
Abu-san-wa 8-gatsu 15-nichi ni nihon-e kimashita = Abu datang ke-jepun pada 15 haribulan 8
* * *
Kata Penghubung ( no ) 1
Mei 31, 2009
Hari ini kita akan belajar berkenaan dengan penggunaan kata hubung no. Untuk kali pertama berkenaan kata hubung no ini, kita akan cuba mempelajari berkenaan kata hubung no yg di gunakan di dalam mengambarkan kepunyaan. Contohnya seperti berikut:-
Watashi-no hon-desu = Buku saya
yang mana watashi ataupun saya adalah tuan punya bagi hon ataupun buku. Jadi biasanya kata hubung no akan di letakkan selepas pada tuan punya, dan selepas kata hubung no pula akan di letakkan barang ataupun benda yang di punyai itu.
Berikut adalah beberapa contoh lagi berkenaan kata hubung no di dalam menggambarkan kepunyaan :-
Anata-no hon-desu = Buku awak
Abu-san-no kaban-desu = Beg abu
Ali-san-no tegami-desu = Surat ali
* * *
Kata Penghubung ( ka )
Mei 31, 2009
Untuk kali ini, kita akan belajar berkenaan kata hubung ka.
ka di dalam bahasa melayu adalah kah. Ianya di letakkan di akhir ayat yang menandakan soalan ataupun pertanyaan.
Contoh penggunaannya adalah seperti berikut:-
Anata-wa mareeshia-jin desu-ka = Awak orang malaysia kah
Ali-san mo mareeshia-jin desu-ka = Ali juga orang malaysia kah
* * *
Kata Penghubung ( mo )
Mei 31, 2009
Sambungan daripada kata hubung wa, kali ini kita akan belajar berkenaan kata hubung mo pula.
mo adalah juga atau pun di dalam bahasa melayu.
Contoh penggunaannya:-
ali-san wa mareeshia-jin desu. = Ali orang malaysia
abu-san mo mareeshia-jin desu. = Abu juga orang malaysia
ali-san wa gakusei desu. = Ali seorang pelajar
abu-san mo gakusei desu. = Abu juga seorang pelajar.
* * *
Kata Penghubung ( wa )
Mei 31, 2009
Untuk pelajaran yang pertama ini, kita akan mempelajari tentang asas di dalam membentuk ayat di dalam bahasa jepun. Untuk itu kita harus mengetahui tentang penggunaan kata hubung. Di dalam bahasa jepun kata penghubung berada selepas perkataan seperti berikut :-
perkataan -- kata hubung
Contohnya:-
Watashi-wa , Anata-mo
yang mana watashi dan juga anata adalah perkataan , manakala wa dan juga mo adalah kata hubung.
Berikut pula adalah penerangan berkenaan kata hubung wa:-
wa di gunakan untuk mengambarkan topik ataupun subjek di dalam sesuatu ayat itu. Contohnya :-
Watashi-wa mareeshia-jin desu = Saya orang malaysia
Watashi-wa gakusei desu = Saya seorang pelajar
Di dalam kedua-dua ayat di atas topik ataupun subjek adalah watashi iaitu saya, jadi wa di letakkan selepas perkataan watashi.
* wa untuk kata hubung di dalam hiragana di tulis dalam bentuk "ha" seperti berikut:-
* * *
Kata Hubung (he, de, kara)
Mei 31, 2009
Di sini kita akan mempelajari cara membentuk ayat dengan menggunakan kata arah seperti ke, kepada, di, daripada dan lain-lain.
Untuk pelajaran yang pertama ini kita akan mempelajari cara penggunaan ke, di, dari dan daripada.
Cara penggunannya adalah seperti berikut :-
ke ________ = ________ he (cara sebutannya adalah "e")
di ________ = ________ de
dari ________ = ________ kara
daripada ________ = ________kara
Contoh Kalimatnya adalah sbb;
Saya berjalan kaki pergi ke sekolah
Watashi-wa daigaku-he aruite ikimasu
Saya pergi ke tempat kerja pada pukul 5.30 setiap pagi.
Watashi-wa maiasa gojihan-ni kaisha-he ikimasu
Kejohanan bolasepak piala dunia tahun 2006 akan di adakan di jerman
2006-nen no sakka waarudo-kappu -wa doitsu-de kaisaisaremasu
Dia datang dari malaysia
Kare-wa mareeshia-kara kimashita
Dia datang dari jepun
Kanojou-wa nihon-kara kimashita
Saya menerima surat daripada kawan saya
Watashi-wa tomodachi-kara tegami-wo moraimashita
Beg ini di perbuat daripada kulit lembu
Kono kaban-wa ushi-no-kawa- kara tsukurareteimasu
Kosa Kata Baru
aruite = berjalan kaki
kaisha = tempat kerja ( Syarikat )
maiasa = setiap pagi
doitsu = jerman
kaisaisareru = di adakan
kare = Dia (Untuk lelaki)
kanojou = Dia (Untuk perempuan)
nihon = jepun
tegami = surat
moraimasu = menerima
ushi = lembu
kawa = kulit
kaban = beg
* * *
1 komentar:
arigatugozaimasuta,
izin ngambil ya
Posting Komentar