Minggu, 31 Mei 2009

Kata Kerja

Telah,sedang,akan

Mei 31, 2009

Sambungan daripada pelajaran yang lepas, hari ini mari kita tengok beberapa contoh lagi di dalam membentuk kata kerja sekarang, yang lepas dan akan datang.


Kaku = Tulis


Tegami-wo kaita = telah tulis surat
Tegami-wo kaiteiru = sedang tulis surat
Tegami-wo kaku = akan tulis surat

Benkyou-suru = Belajar


Nihongo-wo benkyou-shita = Telah belajar bahasa jepun
Nihongo-wo benkyou-shiteiru = Sedang belajar bahasa jepun
Nihongo-wo benkyou-suru = Akan belajar bahasa jepun

Kau = Beli


Kuruma-wo katta = Telah beli kereta
Kuruma-wo katteiru = Sedang beli kereta
Kuruma-wo kau = Akan beli kereta

Neru = Tidur


Neta = Telah tidur
Neteiru = Sedang tidur
Neru = Akan tidur



Kategori : Kata Kerja


* * *


Telah,sedang,akan 1

Mei 31, 2009

Di dalam kategori kata kerja ini, hari ini mari kita belajar secara menyeluruh tentang cara membentuk kata kerja sekarang, yang lepas dan akan datang. Untuk kali ini akan di ajar cara membentuk kata kerja di dalam bentuk tidak formal atau pun dlm bentuk kamus. Caranya adalah seperti berikut:-


1)Taberu = Makan


Watashi-wa gohan-wo tabeta
Saya telah makan nasi

Watashi-wa gohan-wo tabeteiru
Saya sedang makan nasi

Watashi-wa gohan-wo ato-de taberu
Saya akan makan nasi selepas ini

2) Nomu = Minum


Mizu-wo nonda = Telah minum air
Mizu-wo nondeiru = Sedang minum air
Mizu-wo nomu = Akan minum air

3) Miru = Lihat


Eiga-wo mita = Telah tengok filem
Eiga-wo miteiru = Sedang tengok filem
Eiga-wo miru = Akan tengok filem

4) Yomu = Baca


Hon-wo yonda = Telah baca buku
Hon-wo yondeiru = Sedang baca buku
Hon-wo yomu = Akan baca buku



Kategori : Kata Kerja


* * *

Kata Kerja - kata ( cara )

Mei 31, 2009

Selamat berehat di hujung minggu, lama dah admin tak menambah pelajaran berkenaan kata kerja ni. Jadi hari ini mari kita cuba pelajari satu lagi pelajaran di kategori kata kerja iaitu berkenaan dengan cara membentuk kata kerja yang menggambarkan "cara". "Cara" untuk di gabungkan dengan kata kerja di dalam bahasa jepun adalah "kata". Cara membuat kata kerja yg menggambarkan "cara" adalah seperti berikut:-

Kata kerja(Bentuk -masu tetapi perkataan masu itu di buang)- kata = Cara - kata kerja


Contoh Kata kerja


Tabe-kata = Cara makan
Hanashi-kata = Cara bercakap
Tsukuri-kata = Cara buat

Contoh kalimatnya adalah sbb;


Chokoreeto-keeki-no tsukuri-kata wo oshietekudasai
Tolong ajar cara buat kek coklat

Ano-hito-no hanashi-kata wa omoshiroi-desune
Menarik gak cara orang itu bercakap

Kono-kanji-no kaki-kata wa wakarimasen
Saya tak tahu cara tulis tulisan kanji ini

Kokusaidenwa-no shi-kata wo oshietekudasai
Tolong ajar cara untuk membuat panggilan antarabangsa

Kosa Kata Baru


Chokoreeto keeki = Kek coklat
Oshietekudasai = Tolong ajar
Omoshiroi = Menarik
Kanji = Tulisan Kanji
Wakarimasen = Tidak tahu/tidak faham
Kokusaidenwa = Panggilan antarabangsa



Kategori : Kata Kerja


* * *

Kata Kerja - masen ( Polite )

Mei 31, 2009

Sebelum ini kita telah pelajari tentang cara membentuk kata kerja dalam bentuk polite (-masu). Hari ini mari kita tinjau pula cara membentuk kata kerja yang polite tetapi di dalam bentuk negatif. Cara membentuknya daripada bentuk "asas" ataupun bentuk kamus adalah seperti berikut:-


1. Kumpulan 1 ( huruf "u" di akhir perkataan tukar jadi "i" campur "masen" )
Contohnya:-
Kaku = Kakimasen = Tidak tulis
Nomu = Nomimasen = Tidak minum


2. Kumpulan 2 ( huruf "ru" di akhir perkataan di buang dan di campur dengan "masen" )
Contohnya:-
Miru = Mimasen = Tidak lihat
Taberu = Tabemasen = Tidak makan


3. Kumpulan 3 ( huruf "uru" di akhir perkataan tukar jadi "i" campur "masen" )
Contohnya:-
Suru = Shimasen = Tidak buat
Kuru = Kimasen = Tidak datang


Contoh Kalimatnya adalah sbb;


Ahamado-wa mizu-wo nomimasen
Ahmad tidak minum air

Abu-wa hon-wo yomimasen
Abu tidak baca buku

Michiko-wa gakkou-e ikimasen
Michiko tidak pergi ke sekolah


Kategori : Kata Kerja


* * *

Kata kerja (Kehendak)

Mei 31, 2009

Hari ini kita akan belajar kata kerja menunjukkan kehendak ataupun keinginan untuk melakukan sesuatu bagi diri sendiri (Untuk menggambarkan kehendak untuk pihak orang lain, lain sedikit penambahan perkataannya)


Contoh penggunaannya adalah seperti berikut:-


Mahu Tidur = Netai(Bentuk asas untuk kata kerja tidur = Neru)
Hendak Makan = Tabetai(Bentuk asas untuk kata kerja makan = Taberu)
Hendak Minum = Nomitai(Bentuk asas untuk kata kerja minum = Nomu)

Jadi kebiasannya dalam bahasa jepun untuk menunjukkan kemahuan cara membuat kata kerja berbentuk kemahuan adalah dengan menambahkan "tai" dibelakang bentuk asas kata kerja itu.


Contoh Kalimatnya adalah sbb;


Saya hendak minum air
Watashi-wa mizu-wo nomitai- desu

Saya hendak menonton televisyen
Watashi-wa terebi-wo mitai-desu

Saya hendak membaca buku
Watashi-wa hon-wo yomitai-desu

Saya hendak pergi ke sekolah
Watashi-wa gakkou- e ikitai-desu

Saya hendak membeli gula-gula
Watashi-wa ame-wo kaitai-desu

Saya hendak memakai kasut
Watashi-wa kutsu-wo hakitai-desu

Saya hendak pergi melancong ke amerika
Watashi-wa amerika-e ryokoushitai-des


Kosa kata Baru


mizu = air
nomimasu = minum
mimasu = menonton
yomimasu = membaca
gakkou = sekolah
ikimasu = pergi
ame = gula-gula
kaimasu = beli
hakimasu = pakai
kutsu = kasut
ryokou-suru = Melancong


Kategori : Kata Kerja


* * *

Kata Kerja - mashita ( polite untuk yang lepas )

Mei 31, 2009

Sebelum ini kita telah pelajari bagaimana untuk membentuk kata kerja kepada bentuk "masu" daripada kata kerja dalam bentuk "asas". Kata kerja di dalam bentuk "masu" di gunakan untuk menggambarkan keadaan sekarang ataupun yang akan datang. Hari ini pula mari kita pelajari tentang bentuk "em>mashita" pula yang mana ianya di gunakan untuk menggambarkan keadaan yang telah lepas ataupun "past tense" kalau dalam bahasa inggeris. Cara membentuknya adalah sama dengan cara membentuk "masu" yang mana "masu" itu di gantikan dengan "mashita".


Contoh ayat yang menggunakan "masu" dan juga "mashita" adalah seperti berikut:-


1. Watashi-wa mai-asa 7-ji-ni okimasu
Tiap-tiap pagi saya bangun pada pukul 7

2. Ali-san wa kinou 8-ji-ni okimashita
Semalam ali bangun pada pukul 8.

Di dalam contoh ayat di atas, kata kerja untuk "bangun" di dalam bentuk "asas" adalah "okiru" yang mana ianya termasuk di dalam kumpulan 2. Jadi di dalam bentuk "masu" dan juga "mashita" ianya akan jadi "okimasu" dan juga "okimashita".


Kategori : Kata Kerja


* * *

Kata Kerja - masu ( Polite )

Mei 31, 2009

Untuk kali kedua di dalam pelajaran kata kerja ini, mari kita cuba membentuk kata kerja dalam bentuk polite. Ianya di panggil bentuk -"masu". Cara membentuknya daripada bentuk "asas" ataupun bentuk kamus adalah seperti berikut:-


1. Kumpulan 1 ( huruf "u" di akhir perkataan tukar jadi "i" campur "masu" )
Contohnya:-


Kaku = Kakimasu = Menulis
Nomu = Nomimasu = Minum

2. Kumpulan 2 ( huruf "ru" di akhir perkataan di buang dan di campur dengan "masu" )
Contohnya:-
Miru = Mimasu = Melihat
Taberu = Tabemasu = Makan

3. Kumpulan 3 ( huruf "uru" di akhir perkataan tukar jadi "i" campur "masu" )
Contohnya:-
Suru = Shimasu = Buat
Kuru = Kimasu = Datang


Kategori : Kata Kerja

* * *


Kata Kerja ( Asas )

Mei 31, 2009

Kata kerja di dalam bahasa jepun berubah mengikut jenis penggunaannya. Untuk kali yang pertama ini kita akan mempelajari kata kerja di dalam bentuk asasnya iaitu dalam bentuk yang mana ianya berada di dalam "kamus". Dan di pelajaran-pelajaran yang akan datang pula kita akan cuba membentuk kata kerja yang sesuai dengan penggunaannya dengan menggunakan kata kerja dalam bentuk "asas" ini.

Secara amnya, kata kerja di dalam bahasa jepun apabila berada dalam bentuk "asas" boleh di bahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu :-


1. Kumpulan pertama ( Berakhir dengan huruf "u" )
Contohnya:-
Kaku = Tulis
Nomu = Minum

2. Kumpulan kedua ( Berakhir dengan huruf "ru" )
Contohnya:-
Miru = Lihat
Taberu = Makan

3. Kumpulan ketiga ( Berakhir dengan huruf "uru" )
Contohnya:-
Suru = Buat/Lakukan
Kuru = Datang


Kategori : Kata Kerja

* * *


Kata kerja ( Cara bentuk ayat )

Mei 31, 2009

Di sini kita akan mempelajari cara membentuk ayat dengan menggunakan kata kerja seperti makan, minum dan sebagainya.

Di dalam ayat bahasa melayu, ayatnya terdiri daripada:
subjek - kata kerja - objek
contohnya: Saya makan nasi

tetapi dalam bahasa jepun, ayatnya terdiri daripada:
subjek - objek - kata kerja
contohnya: watashiwa gohanwo tabemasu


Contoh kalimatnya adalah sbb;


Ahmad minum air
Ahmadowa mizuwo nomimasu

Ali menonton televisyen
Aliwa terebiwo mimasu

Tanaka membaca buku
Tanakawa honwo yomimasu

Michiko pergi ke sekolah
Michikowa gakkou e ikimasu

Susan beli gula-gula
Susanwa amewo kaimasu

Abu pakai kasut
Abuwa kutsuwo hakimasu

Tanaka buka pintu
Tanakawa doawo akemasu

Muthu tutup pintu
Muthuwa doawo shimemasu


Kosa kata Baru


mizu = air
nomimasu = minum
mimasu = menonton
yomimasu = membaca
gakkou = sekolah
ikimasu = pergi
ame = gula-gula
kaimasu = beli
hakimasu = pakai
kutsu = kasut
doa= pintu
akemasu = buka
shimemasu= tutup


Kategori : Kata Kerja


* * *

Tidak ada komentar: